Monday, July 11, 2016

Exfoliant & Scrub (Bahasa Malaysia)

Assalamualaikum,
Kali ni saya nak sembang sikit pasal exfoliation/scrub. Exfoliation dan scrub ni sama je. Dua-dua berfungsi membuang kulit mati sama ada atas permukaan kulit atau dalam kulit. Dan juga boleh remove whitehead, blackhead, mild acne. Scar pun boleh hilang bila digunakan dgn konsisten. Exfoliation ada 2 jenis.

 1. Physical exfoliation. Jenis ni buang kulit mati atas permukaan kulit sahaja. Ada jenis kasar dan mild. Kalau ada beads kat dlm tu maknanya tu jenis kasar. Jenis yang betul2 kulit tebal dan sgt berminyak sesuai guna yang jenis ada beads. Contoh: St. Ives apricot scrub. Disarankan guna beberapa kali seminggu sahaja.


Yang jenis mild pulak, datang dalam bentuk peeling gel. Letak gel kat muka, lepas tu urut dalam 1-2 minit. Boleh nampak gel tu jadi gumpalan sikit. Itu bukan kulit mati ye. Yang ini nak guna setiap hari pun boleh sebab sangat lembut. Contoh: Ginvera marvel white gel. Sekarang dah banyak dijual di watsons.


2. Chemical exfoliation. Jenis ni datang dalam bentuk toner, cream, gel dan stay kat kulit kita. Apa2 yang mengandungi AHA (alpha hydroxic acid), BHA (beta hydroxic acid) atau acid lain dipanggil chemical exfoliant. AHA hanya bertindak atas permukaan kulit sahaja. Contoh AHA: glycolic acid, lactic acid, mandelic acid. BHA pulak bertingak buang apa2 yang clog dalam pores. Contoh BHA: salicylic acid. Percentage asid pun memainkan peranan. Low percentage tak buat apa2 untuk kulit. BHA yang diperlukan maximum hanyalah 2%. Manakala AHA boleh sampai 8%. Dan pH juga mesti dalam range 3~4. Ada jugak jenis acid lain seperti PHA(polyhydroxic acid). Yang ini sgt mild dan sesuai utk kulit sensitif. Boleh digunakan setiap hari. Tapi keberkesanan masih dipersoalkan sebab tak banyak kajian dibuat. AHA dan BHA memang dah terbukti keberkesanannya. Contoh produk:
i. Paula's choice (AHA dan BHA exfoliant tapi sgt mahal)
ii. Cosrx untuk AHA dan BHA exfoliant (saya suggest yang ini, harga affordable dalam RM60++)
iii. Mizon pun ok tapi ada alkohol.
iv. Hada labo mild peeling lotion (yang ini sgt mild, ada PHA mungkin tak memberi kesan pada certain kulit).
Kat sephora pun ada tapi sangat mahal. Susah nak jumpa chemical exfoliant di watsons/guardian. Tertingat brand Avene pernah keluarkan exfoliant gel tapi discontinued. Lagipun sangat pricey.



Sebelum mula guna exfoliant/scrub. Pastikan 4 basic step dibawah kuat dan stable.
1. 1st Cleanser / Makeup Remover (oil-cleanser/ cleansing water / cleansing balm etc..)
2. 2nd Cleanser (cleanser biasa)
3. Moisturiser (hydrating toner, lotion, ampoule. essence, serum, etc..)
4. Sunblock / Sunscreen.
Selepas exofliate / scrub, kulit muka kita memang akan kering dan kulit terdedah pada cahaya matahari. Saya sarankan protect kulit dari UV setiap hari. Untuk permulaan guna exfoliant, boleh guna utk sekali atau dua kali seminggu dulu. If tak ada irritation, boleh teruskan pada 2-3 kali seminggu. Tambahkan kekerapan kalau tak berlaku apa-apa irritation.

Exfoliant hanyalah untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperi jerawat kecil. Jerawat besar seperti nodule dan cystic mungkin amek masa yang lama. Nak cepat kecut boleh guna benzoyl proxide, sulfur, tea tree atau apa-apa jenis topical treatment. Saya tak cadangkan exfoliant untuk sesiapa yang tidak mempunyai masalah kulit. Sekian dari saya. Kalau ada salah silap sila betulkan. Terima kasih. Wassalam

No comments:

Post a Comment