Tuesday, January 12, 2016

Kisah Kucing (Part 1)

Assalam,

Kalau tengok profile pic aku gambar kucing, tak bermakna aku ni sayang kucing. Aku cuma suka bela kucing je. Erk. Aku dah bela banyak kucing. Paling maksimum lebih 20 ekor. Tapi kebanyakannya tak hidup lama. Now, hanya tinggal 5 ekor je. You know why? Sebab kucing aku semua diletakkan diluar. Kalau aku ada rumah sendiri, InsyaAllah aku letak dalam rumah. Dengan keadaan sekarang yang masih menumpang rumah parents, terpaksa letak di luar. Lagipun kat luar banyak tempat si bulu-bulu ni boleh lepak. Nak lepak tepi tayar ke, dalam longkang ke, nak lepak dengan anjing ke, suka hati whiskas doranglah. Tapi ada risiko sangat tinggi untuk mati awal. Banyak faktornya: virus, dilanggar kenderaan, disepak, didera, ditangkap, dibunuh, diculik (eh, sama je macam manusia).
Mai la aku perkenalkan kucing aku sekor-sekor. Semua ada perangai masing-masing. Ada yang garang, ada yang gatal, ada yang garu-garu kepala.

Nano (left) and Tony (right)
Dua ekor kucing hitam putih kat atas ni anak beranak. Si Nano tu adalah ibu kepada Tony. Nano ni aku ambil kat UKM. Masa tu dia kecik dalam umur 4bulan kot. Nano ni dah 3kali beranak. Si Tony tu adalah anak sulung beliau. Dah selamat dimandulkan. Kalau tak mandul, lagi banyak kucing akan mati. Dia adalah satu-satunya kucing betina yang survive di rumah kami. Anak-anaknya yang tinggal hanya 2 ekor je. Sedih ok.

Tony... Hensem kan iols.

Kucing yang perasan kacak ni namanya Tony. Dilahirkan pada Feb 2014. Memang tak suka melekat kat rumah. Sentiasa mencari kawasan dan awek untuk dijajah. Selalu dijumpai tidur tepi tayar kereta, tak kisahlah kereta apa, asal duk tepi tayar je lena (i'm a bit worry about this). Agak pengecut juga bila jumpa kucing liar yang ajak bergusti. Muka nampak je innocent padahal dia selalu whatever je bila jumpa manusia.

Kucing-kucing yang lain akan ku ceritakan pada entry lain. Panjang sangat dah ni wei. Cerita pasal kucing ni perlu banyak entry rupanya. 

Lastly, nak bagitahu. Bila korang makan kat kedai makan dan korang ternampak ada kucing duk tepi mengiau/tak mengiau, bagilah secebis makanan padanya. Lepas bagi, korang tengok kucing tu mengiau kat korang balik ke tidak. Selalunya dia akan mengiau sebagai ucapan terima kasih.

Wassalam...

1 comment: